Isnin, 27 Julai 2009

~LamPe BeRgEr~


Mesti korang tak pernah dengar apa itu lampe berger kan..xctly lampe berger nih terkenal kat negara Perancis..dan dikenali dengan aromaterapi..ok..kat bawah ni ada sedikit keterangan tentang lampe berger..so, kalau ada yang berkenan..orderlah yekk..tak mahal pun...


Apakah itu Aromaterapi?


Istilah "Aromaterapi" sebenarnya terdiri daripada dua patah perkataan: "Aroma", yang bermakna bau, atau haruman, dan "Terapi", yang bermakna rawatan. Inti bunga-bungaan dan tumbuhan telah pun digunakan oleh tamadun-tamadun purba Cina, Mesir dan India semenjak sekurang-kurangnya 5,000 tahun terlebih dahulu. Aromaterapi adalah cara rawatan yang berasaskan alam semulajadi. Satu daripada prinsip asasnya adalah dengan menguatkan proses rawatan diri dengan cara merangsangkan sistem immunisasi secara tidak langsung. Kegunaan minyak pati secara intensif amat luas, daripada rawatan haruman lembut yang unik dan halus sehinggalah rawatan terapi tembusan yang mendalam.

Aromaterapi merupakan kaedah rawatan yang holistik, bermakna ianya mengambil kira kesan positif yang akan terhasil dari segi jasmani, minda dan kerohanian.


Pengamalan Aromaterapi


Aromaterapi adalah cara untuk meningkatkan kualiti kehidupan dari segi fizikal, perasaan dan semangat.

Minyak pati adalah inti yang tak berminyak, pekat dan harum daripada tumbuhan liar dan tumbuhan yang ditanam. Tujuannya termasuk dari segi fizikal seperti melegakan otot-otot melalui urutan dan emosi; dengan menyenangkan hati dan perasaan. Dari segi semangat pula minyakpati bermanfaat untuk mempromosi perasaan keriangan dan memudahkan meditasi.

Idea di sebalik aromaterapi adalah, pertama, untuk mengenalpasti haruman yang unik untuk setiap individu, yang berkeupayaan menjalin perasaan deriaan dan emosi yang positif, seterusnya haruman ini patutlah diintegrasi ke dalam hidupan harian individu tersebut untuk memupuk kesihatan holistik.

Haruman semulajadi ini dapat menguatkan hubungan kita kepada bumi kita dan mengamit emosi dan memori yang baik.


Kenapa Aromaterapi?


Aromaterapi mengunakan minyak pati tulin daripada berbagai bahagian tumbuhan

(bunga, daun, resin, kulit, ranting, benih, buah, hati dan akar). Ianya diklasifikasi secara umum sebagai citrus, kebungaan, bertanah, berempah, beresin dan berkayu.

Aromaterapi adalah kombinasi kesenian dan sains. Ianya berunsur karya daripada perlunya daya kreatif dan kenalurian dalam proses penyediaan adunan minyak pati. Pengetahuan sains pula diperlukan dalam proses mengekstrak minyak tersebut. Setiap proses atau teknik mengekstrak akan menghasilkan produk yang berlainan kerana setiap ramuan tumbuhan memerlukan proses yang berbeza.

Oleh yang demikian, Aromaterapi bukanlah sekadar "haruman yang baik" tetapi sebenarnya adalah suatu sistem rawatan menyeluruh. Jika ianya diamalkan dengan sempurna, ianya akan membantu menenangkan seseorang dan memupuk perasaan “homeostasis” atau harmoni dalam tubuh badan. Di samping itu pengamal Aromaterapi juga dapat memperolehi keseimbangan dan pada masa yang sama tenaga badan boleh dipromosi dan dikekalkan.


Kesan Terapeutik Aromaterapi


Kesan terapeutik yang berasal dari aromaterapi adalah untuk meningkat dan menguatkan proses penyembuhan dalaman. Ini berlaku dengan cara merangsangkan sistem imunisasi seseorang itu secara tidak langsung.

Minyak pati LAMPE BERGER mempunyai ciri-ciri terapeutik seperti ciri-ciri antiviral, antikuman, kelegaan kesakitan, anti-depresif dan penyembuhan selsema. Minyak pati juga boleh merangsang, menenang dan membantu sistem penghadaman dan perkumuhan.


Kebaikan Aromaterapi


Asal–usul Aromaterapi wujud sejak 5,000 tahun yang lampau. Orang Mesir purbakala adalah yang pertama mengamalkan aromaterapi dengan menguna kaedah merendam tumbuhan yang wangi ke dalam campuran yang mendidih untuk mengeluarkan minyaknya.

Berabad sebelum ini aromaterapi telah digunakan oleh tamadun Cina, Roman dan Greek yang mengikut cara pengunaannya dari tamadun Yunani purba. Hari ini, aromaterapi telah menampakkan pemulihan kegunaanya sebagai sejenis cara perubatan alternatif. Walupun ianya tidak berupaya menggantikan perubatan tradisional, tetapi ciri–ciri holistiknya boleh menyembuh dari segi minda, jasmani dan semangat.

Aromaterapi berkeupayaan meningkatkan semangat. Ianya mampu melegakan perasaan rendah diri, putus asa, kesedihan, histeria, kebimbangan, masalah tidur dan juga masalah memori.

Kebaikan dari segi perubatan termasuk mengurangkan keletihan, masalah pernafasan, termasuk selsema, sakit kerongkong, lelah dan bronkitis. Lebih penting adalah aromaterapi boleh membersihkan dan memperbaiki kualiti udara

0 ulasan:

*IsI KaT SiNi*

Name:
Email Address:
Contact No.
Item (S)

form mail